Business mempunyai jantina?


Klick pada gambar untuk nampak lebih jelas.

Adakah anda tahu di Malaysia, terdapat banyak business yang menggunakan profil Facebook peribadi (akaun peribadi) sebagai platform business mereka? Jadi, anda boleh melihat business mereka adalah perempuan, pergi ke sekolah, tinggal di Kuala Lumpur, mempunyai 375 rakan-rakan dan anda boleh berkawan dengan business tersebut.
  
Di Facebook, Profil Peribadi adalah untuk orang (manusia). Jadi untuk business, ia mestilah di Facebook Page (Facebook Fan Page). Adakah sukar untuk "create" Page Facebook? Tidak, ia tidak sukar. Ia adalah proses step-by-step. Pada masa ini, ia menjadi lebih mudah kerana Facebook Page bertukar kepada Timeline. Ia adalah sama seperti Profil Facebook Peribadi anda, (jika anda menggunakan Facebook Timeline). Tiada lagi "default custom landing page" untuk dicipta. Hanya upload logo anda dan Facebook Timeline Cover Photo (header or banner).

                Banyak business yang menggunakan "Cari kami di Facebook" pada iklan offline mereka. Tetapi hakikatnya, kita tidak tidak cari mereka! Oleh itu, apakah penyelesaian? Terdapat dua (2); pertama, dapatkan 100 "fans" untuk "lock" nama business anda. Kedua, dapatkan nama "username" atau "vanity URL" (contohnya: www.facebook.com/HYSocialMedia). Sebenarnya, untuk mendapatkan URL, ia memerlukan 25 peminat. Pernah juga terjadi kepada saya (2 kali), dimana saya terus dapat Vanity URL tanpa perlu 25 peminat. Anda boleh mempunyai nama yang berbeza untuk kedua-duanya. Tetapi, mengapa anda ingin mempunyai nama yang berbeza? Ia adalah lebih baik untuk mempunyai satu-satunya nama yang sama untuk Facebook anda, Laman Web, Twitter dan sebagainya.

                Pada masa ini, untuk mendapatkan nama yang sepadan dengan nama business anda di semua media sosial adalah sukar. Syarikat besar seperti Maybank mempunyai nama yang berbeza untuk Laman Web (maybank2u), Facebook (maybank) dan Twitter (mymaybank). Jadi, mulakan sekarang atau kehilangan nama business anda! Untuk memeriksa nama business anda samada masih ada atau pun tidak, pergi ke www.NameChk.com atau www.KnowEM.com. Pada masa saya sedang menulis article ini, nama business idaman saya telah dipakai di Twitter, Blogger dan Wordpress!

                Di Malaysia, kebanyakan business menggunakan Facebook sahaja sebagai platform media sosial mereka. Mereka tidak menggunakan platform yang lain seperti Twitter, YouTube dan LinkedIn. Untuk mendapatkan hasil terbaik pada media sosial, adalah lebih baik untuk menggunakan semua keempat - empat media tersebut.


Penulis : HY ~ Sebuah blog yang menyediakan berbagai macam informasi

Artikel Business mempunyai jantina? ini dipublish oleh HY pada hari . Semoga artikel ini dapat bermanfaat.Terimakasih atas kunjungan Anda silahkan tinggalkan komentar.sudah ada 0 komentar: di postingan Business mempunyai jantina?