Facebook Marketing Workshop:100% Money-back guarantee

Bengkel Pemasaran Facebook dengan Jaminan Wang Dikembalikan telah diadakan pada hari Khamis, 19 Julai 2012 yang lepas. Sepuluh (10) orang telah register. Tetapi yang datang hanya 2 orang sahaja. Nasib baik ada yang datang. Saya ingatkan tak da langsung orang datang. Maklumlah, hujan lebat gile. Terima kasih kepada Mohd R Rahmat (Mohd R) www.facebook.com/Ramdzon kerana memberitahu saya yang beliau tak dapat hadir. Terima kasih juga kepada Kent Ong www.facebook.com/kentong79 kerana cuba untuk hadir walaupun tak berjaya akibat accident. Mereka menunjukkan kesungguhan untuk hadir menimba ilmu.
              Saya telah menyediakan modul untuk pembelajaran tempohari. Walaupun tidak dapt menghabiskan seperti yang tertulis di dalam modul, saya berjaya menghabiskan 80% dari modul. Senarai modul yang dipelajari pada hari itu:

  1. Kesalahan yang dilakukan oleh business dalam Facebook
  2. Tab atau  apps yang tersorok.
  3. Design logo
  4. Crop gambar untuk headshot
  5. Design Facebook Timeline Cover Photo
  6. Create Facebook Fanpage
  7. Install App untuk Facebook Fanpage seperti Forum, FAQ, Contact Us, Feedback, Youtube & Twitter, Top Fan, Countdown Timer, Google Map, Google Map (besar), Website dalam Facebook, Like-gate dan online shop.


                Tak sangka ianya mengambil masa yang terlalu lama dari pukul 10:30 pagi hingga 9:00 malam. Saya ingin meminta maaf kepada Azman Shamsuddin www.facebook.com/azmans1 dan Allonzo Abu Bakar  www.facebook.com/allonzo.bakar  kerana tak dapat menghabiskan modul. Terima kasih tidak terhingga saya kepada mereka. Jika bukan kerana meraka, mungkin saya akan bercakap seorang diri dalam bilik seminar tu. 

Penulis : HY ~ Sebuah blog yang menyediakan berbagai macam informasi

Artikel Facebook Marketing Workshop:100% Money-back guarantee ini dipublish oleh HY pada hari . Semoga artikel ini dapat bermanfaat.Terimakasih atas kunjungan Anda silahkan tinggalkan komentar.sudah ada 0 komentar: di postingan Facebook Marketing Workshop:100% Money-back guarantee