Facebook Sangat Bahaya Kepada Syarikat Kecil dan Besar




 Saya pasti anda akan terkejut dengan tajuk diatas. Biar saya ceritakan pengalaman saya untuk anda lebih paham. Facebook memberikan impact yang sangat besar dalam business pada hari ini.   

            Saya mendaftar dengan Telco A. Kemudian saya bertukar kepada Telco B dan Telco C. Telco B tiada apa - apa masalah dengan saya. Service Telco B sangat cemerlang. Kenapa? Saya tak tahu pun yang telah terlebih bayar semasa hendak menutup akaun. Saya hanya dapat tahu setelah menerima refund cheque dari mereka. 
          
            Apa yang membuatkan saya sangat marah dengan Telco A, ialah setelah saya bertukar dari Telco A, B  dan C, saya masih tak dapat refund cheque dari Telco A. Setelah 3 kali saya membuat report, akhirnya saya mendapat idea. Saya mesti Like Facebook fanpage Telco A! Bukannya saya Like sangat dengan Telco A tu. Saya terpaksa Like untuk membuat aduan. Yey, saya telah membuat aduan dengan menggunakan HURUF BESAR. Saya nak 1 Malaysia tahu. Apa taknya, da lebih setahun tu... 

            Esoknya Telco A reply aduan saya dengan meminta no hp saya. Saya buat tak tau. Saya nak mereka cari sendiri. Akhirnya saya dapat refund cheque dari Telco A tu setelah saya membuat onar di Facebook fanpage mereka. 
           
            Saya tak pasti berapa lama masa di antara aduan dan penerimaan cheque tu. Mungkin dalam kurang 2 minggu. Itulah apa yang saya maksudkan dengan tajuk diatas. 

            Tempohari saya ada pergi ke Facebook fanpage sebuah syarikat yang telah membantu banyak syarikat - syarikat besar meningkatkan jualan. Saya ingin mendapatkan info tentang produk syarikat tu. Apa yang saya jumpa hanyalah aduan dan aduan tentang ketidakpuashatian existing customer mereka. So, mood saya terus hilang dan saya terus tidak yakin. 

             Facebook sangat bahaya kepada syarikat yang tidak menjaga customer mereka. Kesan kepada syarikat besar mungkin kecil. Tetapi kepada syarikat kecil, sangat besar. Jadi kepada syarikat - syarikat kecil yang baru hendak menjadikan Facebook sebagai platform perniagaan mereka, perlulah berhati - hati kerana customer merupakan Raja di dalam Facebook. Terima kasih kepada Facebook kerana menyedarkan kita bertapa pentingnya customer!


Penulis : HY ~ Sebuah blog yang menyediakan berbagai macam informasi

Artikel Facebook Sangat Bahaya Kepada Syarikat Kecil dan Besar ini dipublish oleh HY pada hari . Semoga artikel ini dapat bermanfaat.Terimakasih atas kunjungan Anda silahkan tinggalkan komentar.sudah ada 0 komentar: di postingan Facebook Sangat Bahaya Kepada Syarikat Kecil dan Besar